Ziarah kematian: Tetamu sepatutnya bawa makanan


Ziarah kematian: Tetamu sepatutnya bawa makanan

| December 13, 2015

Mufti Perlis menasihatkan umat Islam mengubah budaya yang menyusahkan keluarga si mati yang terpaksa menyediakan makanan untuk tetamu.

asri,thlil

PETALING JAYA: Keluarga Islam yang baru kehilangan anggota keluarga tidak sepatutnya dibebankan dengan tanggungjawab menyediakan makanan bagi tetamu yang datang menziarah.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, begitu juga dengan majlis tahlil di mana keluarga terbabit juga tidak sepatutnya dibebankan untuk menyediakan makanan.

Katanya, sepatutnya tetamu yang membawa bantuan makanan kepada keluarga berkenaan yang sedang dilanda kesedihan kerana baru berhadapan kematian.

“Sepatutnya yang menjadi sunnah, kita membawa bantuan makanan dan selainnya buat keluarga si mati, bukan kita menghabiskan makanan mereka ataupun menyusahkan mereka menyediakan makanan untuk kita,” tulisnya di Facebook.

Asri berkata, perbuatan itu sangat berbeza dengan ajaran Islam seperti yang disebut dalam hadis sahih riwayat Abu Daud, al-Tirmizi yang menyebut, “Apabila datang berita kematian Ja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w. bersabda: Buatlah untuk keluarga Ja’far makanan kerana telah datang perkara yang mengganggu urusan mereka”.

Beliau berkata, amat mendukacitkan apabila berlaku kematian maka masyarakat berkumpul dan memakan harta peninggalan si mati, bukan berfikir tentang masa depan dan kebajikan kaum keluarganya.

Beliau mengulas laporan akhbar Harian Metro berkenaan seorang wanita di Johor Bahru yang baru kematian suami dan terpaksa menggunakan wang untuk majlis tahlil (yang disumbangkan jiran-jiran) bagi membayar sewa rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s