Siasat punca Sungai Pahang kering



2 Mei 2016

NEGARA

Siasat punca Sungai Pahang kering

PENTERNAK ikan di Kampung Sanding, Maran terpaksa menggali parit untuk mengalirkan air Sungai Pahang ke sangkar ikan milik mereka semalam.

 

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan agensi kerajaan berkaitan supaya menyiasat dakwaan yang me­ngatakan aktiviti pembalakan di kawasan Ulu Tembeling merupakan punca utama Sungai Pahang kering sekarang.

Mengakui wujud kerja-kerja pembukaan tanah di kawasan tersebut untuk tujuan pertanian dan pembalakan, Adnan menegaskan, fenomena El Nino yang melanda negara kini menjadi penyebab utama penurunan paras air Sungai Pahang sepanjang 495 kilometer.

“Saya telah membaca berita mengenai perkara ini dalam akhbar dua hari lepas (Jumaat) dan percaya berita itu adil. Kita akan minta jabatan-jabatan teknikal berkenaan menjalankan kajian dan membuat laporan kepada kerajaan negeri.

“Kita tidak boleh mengatakan hanya Sungai Pahang kering, sungai-sungai di negeri lain juga mungkin ada yang kering.

“Memang salah satu punca kekurangan air ialah pembukaan hutan disebabkan aktiviti pertanian dan pembalakan. Selain itu, kita ada projek besar empangan hidroelektrik milik Tenaga Nasional Berhad di Sungai Jelai dan Sungai Tekal,” katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas perlawanan golf amal antara pasukan Menteri Besar dengan bekas pelajar Sekolah Mene­ngah Sains Sultan Ahmad Shah di Mahkota Golf Country Club dekat sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz47UImsjOc
Hakcipta terpelihara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s