Penduduk Kg. Cham Croum terpaksa tinggal dalam perahu


Penduduk Kg. Cham Croum terpaksa tinggal dalam perahu

MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI  |  02 Mei 2016 1:06 AM
 1  0 Google +0

ABDULLAH IDRIS

PHNOM PEHN, Kemboja 1 Mei – Walaupun Kemboja te­lah lama bebas daripada pe­perangan dan cengkaman rejim Khmer Rouge di bawah pemerintahan Pol Pot, majoriti penduduk khususnya yang beragama Islam masih ketinggalan dan mundur, malah ada yang tidak mempunyai rumah dan menjadikan perahu sebagai tempat berteduh.

Tinjauan Utusan Malaysia yang mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan anjuran Persatuan Alumni Belia 4B Kelantan ke daerah Kandal, Kemboja mendapati, hampir 70 peratus penduduk di Kampung Cham Croum tinggal di dalam perahu kerana kesempitan hidup.

Seorang penduduk, Razali Kassim, 56, berkata, dia tidak pernah memiliki rumah sendiri sepanjang hampir separuh abad hidupnya disebabkan kos untuk membina kediaman terlampau mahal sehingga melebihi RM200,000 hanya untuk membeli sebidang tanah.

Dia yang bekerja sebagai guru agama di Sekolah Al-Nasim me­ngambil inisiatif sendiri membina perahu dengan kos lebih kurang RM10,000 termasuk enjin dan ke­lengkapan lain.

“Perahu ini bukan sahaja dijadikan sebagai tempat tinggal, malah saya gunakan untuk menangkap ikan selepas pulang mengajar di sekolah agama.

“Saya akan menyuruh anak-anak dan isteri tinggal di masjid jika ingin mencari ikan, sama ada untuk dibuat lauk atau dijual. Gaji yang kami terima tidak cukup iaitu lebih kurang RM100 sebulan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdullah Idris, 31, yang bekerja sebagai guru yakin bantuan buku dan peralatan persekolahan oleh misi bantuan dari Malaysia mampu memberi peluang kepada kanak-kanak masyarakat Cham mendapat pendidikan lebih baik dan selesa.

“Sistem di sekolah agama berbe­za. Hanya belajar menggunakan pa­pan hitam tanpa buku. Apa yang mereka terima ini sungguh menggembirakan, terutama bantuan buku persekolahan. Saya yakin, semua guru juga akan lebih bersemangat selepas ini untuk mengajar,” ujarnya.

Seorang lagi guru, Khalil Rahman, 42, berkata, sepanjang 17 tahun berkhidmat, hanya beberapa bantuan dalam aspek pendidikan diberikan kepada penduduk di per­kampungan Cham Le dan Cham Croum.

“Anda boleh lihat sendiri ba­gaimana sambutan kanak-kanak di sini apabila menerima buku. Mereka begitu gembira, sampaikan berebut-rebut untuk mendapatkan buku tersebut,” katanya terharu. – UTUSAN

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/penduduk-kg-cham-croum-terpaksa-tinggal-dalam-perahu-1.304490#sthash.L3rqIjCt.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: