Trump umum dasar ‘AS didahulukan’



29 April 2016

DUNIA

Trump umum dasar ‘AS didahulukan’

TRUMP berucap di hadapan penyokong-penyokongnya ketika berkempen di Indiana Farmers Coliseum di Indianapolis, Indiana kelmarin. – AFP

 

WASHINGTON – Pendahulu calon Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk Parti Republikan, Donald Trump kelmarin mengumumkan polisi luar negara dengan ‘AS didahulukan’ sekali gus memaksa sekutu-sekutunya ‘membayar bahagian mereka’.

Dalam satu ucapan pen­ting mengenai polisi luar negara yang langsung tidak memberi sebarang perincian, Trump memberi amaran bahawa AS tidak akan lagi membantu negara-negara yang berhadapan dengan ancaman, manakala Eropah dan Asia mungkin terpaksa mempertahan sendiri wilayah mereka kelak.

Dia turut berikrar untuk melupuskan perjanjian dagangan, mengubah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk menentang migrasi dan Islam ‘radikal’ serta mengutamakan kepentingan nasional AS mengatasi lain-lain pertimbangan.

“AS didahulukan akan menjadi tema utama dan perubahan untuk pentadbiran saya. Polisi luar negara sekarang ini sangat teruk, kita membina semula negara-negara lain sambil melemahkan negara sendiri.

“Negara-negara yang kita sedang lindungi perlu membayar kos pertahanan itu dan jika tidak, AS perlu bersiap sedia untuk membiarkan mereka mempertahankan sendiri wilayah masing-masing,” kata Trump kepada penyokong-penyokongnya.

Ucapan itu dibuat bagi membolehkan Trump mengambil hati satu pertubuhan polisi luar AS yang skeptikal terhadapnya.

Kenyataan Trump bukan sahaja mengutuk polisi luar semua Presiden AS sejak berakhirnya Perang Di­ngin, malah mengecam misi pembinaan semula negara-negara di Timur Tengah di samping mempertikai kos ditanggung untuk pertahanan NATO dan sekutu AS di Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.

Trump sebelum ini dikutuk kerana gagal mendapatkan sokongan nama-nama besar untuk polisi luar sebaliknya banyak bergantung kepada sekumpulan kenamaan berhaluan kanan yang terpinggir.

Bilionair itu bagaimanapun mempertahankan pa­sukan yang dikumpulkan­nya dengan mengutuk bakat sedia ada di Washington telah ‘tercemar’ akibat huru-hara di Iraq di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz47DzEguuZ
Hakcipta terpelihara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s