Daun beko potensi ubati kanser serviks


Daun beko potensi ubati kanser serviks

 55  6 Google +1

NOR FAZILA CHE MAT (kiri) dan M. Neethia menerima geran penyelidikan NOR FAZILA CHE MAT (kiri) dan M. Neethia menerima geran penyelidikan berjumlah RM60,000 daripada Makna untuk menjalankan dua penyelidikan berkaitan kanser serviks di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 28 April – Kajian selama dua tahun oleh seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengesan potensi daun pokok beko sebagai rawatan alternatif kanser serviks.

Dr. Nor Fazila Che Mat yang me­ru­pakan pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM berkata, daun berkenaan yang banyak terdapat di Kelantan dan sering dija­dikan ulam oleh masyarakat di ne­geri itu mampu melambatkan pertumbu­h­an sel kanser.

Katanya, melalui satu ujian yang membandingkan tindak balas ekstrak daun beko dengan cisplatin yang te­lah lama digunakan untuk merawat kanser berkenaan, ia menunjukkan perkembangan positif.

“Ekstrak daun beko yang digunakan dengan kepekatan rendah me­nunjukkan kesan yang lebih baik berbanding cisplatin dengan kepekatan tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, Nor Fazila bersama pensyarah Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat USM, Dr. M. Neethia menerima geran penyelidikan berjumlah RM60,000 daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk menjalankan dua penyelidikan ber­kaitan kanser serviks.

Yang turut hadir Naib Canselor USM, Datuk Dr. Omar Osman.

Mengulas lanjut, Nor Fazila berkata, beliau berharap kajian berkenaan dapat dihasilkan dalam bentuk produk bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang selepas melakukan ujian lebih terpe­rinci berdasarkan hasil ujikaji.

Sementara itu, Omar berkata, kajian berkenaan penting bukan sahaja kepada negara ini tetapi seluruh Asia memandangkan kes kanser serviks yang dilaporkan mempunyai ciri-ciri yang sama.

“Nor Fazila memfokus kajiannya itu menggunakan HPV (human pa­pillomavirus16) iaitu sel kan­ser serviks yang dilaporkan oleh kebanyak­an kes di Asia dan kita berharap ia dapat memberi harapan baharu kepada pesakit berkenaan di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, M. Neethia berkata, kajiannya pula tertumpu untuk melihat punca perbezaan perkembangan dua jenis kanser serviks ia­itu HPV-16 dan HPV-18 iaitu sel penyumbang terbesar kepada kanser serviks.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/daun-beko-potensi-ubati-kanser-serviks-1.293873#sthash.4qBjs30e.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: