India wajibkan butang panik pada telefon pintar



27 April 2016

DUNIA

India wajibkan butang panik pada telefon pintar

NEW DELHI – Semua telefon pintar yang dijual di India perlu memiliki butang panik mulai tahun hadapan, kata seorang pegawai semalam ketika negara itu bergelut untuk menangani sejumlah besar jenayah seks ke atas wanita.

Butang itu membolehkan pengguna menghubungi polis dengan menekan satu butang pada telefon bimbit mereka, kata seorang pegawai di kementerian te­lekomunikasi.

“Tiada satu telefon pintar pun yang tidak dilengkapi butang panik boleh dijual mulai 1 Januari 2017,” katanya.

Kementerian itu menyatakan, pihak­nya juga akan mewajibkan pemasangan sistem pengesanan kedudukan global dalam telefon pintar mulai 1 Januari 2018.

“Kemajuan teknologi bertujuan untuk menjadikan hidup manusia lebih baik dan tiada yang lebih baik daripada alat ini digunakan untuk keselamatan wanita,” kata Menteri Telekom, Ravi Shankar Prasad kelmarin.

India bergelut untuk menangani peratusan tinggi keganasan seksual, masalah yang menjadi tumpuan global selepas seorang pelajar diperkosa beramai-ramai pada Disember 2012 semasa dia pulang dari menonton wayang.

Angka rasmi kerajaan menunjukkan terdapat 36,735 kes rogol dilaporkan di seluruh India pada 2014, namun ramai aktivis berkata, jumlah sebenar kes rogol di negara itu adalah jauh lebih tinggi ekoran ramai mangsa enggan membuat laporan polis kerana tanggapan negatif masyarakat.

India juga merupakan pasaran te­lefon bimbit kedua terbesar di dunia. Negara itu merekodkan angka pelanggan perkhid­matan telefon pintar satu bilion pada Oktober tahun lalu. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz470yyn0H9
Hakcipta terpelihara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s