Doktor pelatih England mogok isu gaji



27 April 2016

DUNIA

Doktor pelatih England mogok isu gaji

AFP – SEBAHAGIAN doktor pelatih menyertai mogok di perkarangan Hospital Basingstok di Basingstoke, barat London semalam.

 

LONDON – Doktor-doktor pelatih di England mengadakan mogok besar-besaran semalam selepas menemui jalan buntu berhubung perbalahan dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, David Cameron berkaitan isu gaji dan persekitaran kerja.

Mogok itu memberi impak besar kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang menggaji lebih 50,000 doktor pelatih, me­rangkumi kumpulan graduan sarjana muda perubatan yang belum mempunyai kepakaran khusus.

Berbanding beberapa mogok kecil sebelumnya, mogok kali ini turut melibatkan doktor-doktor di jabatan kecemasan yang mengendalikan kes kemalangan dan kecemasan lain serta wad bersalin.

Namun, doktor pakar dan jururawat masih menjalankan tugas masing-masing.

Dianggarkan hampir 13,000 pembedahan dan 113,000 temu janji tergendala sepanjang mogok tersebut yang diadakan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang (waktu tempatan), semalam dan hari ini.

“Perkara yang tidak pernah berlaku ini memberikan tekanan besar kepada khidmat NHS. Agensi ini telah melakukan semua yang termampu bagi menangani situasi tersebut,” kata pengarah insiden kebangsaan NHS, Anne Rainsberry kepada stesen radio BBC.

Persatuan Perubatan Bri­tish yang bertindak sebagai kesatuan sekerja doktor-doktor pelatih berkenaan tidak menolak mogok berterusan ataupun peletakan jawatan beramai-ramai sebagai langkah terakhir untuk memaksa kerajaan supaya mengemukakan tawaran lebih baik kepada mereka.

“Ini adalah hari paling menyedihkan dalam kerjaya profesional saya. Saya tidak pernah menjangkakan sebagai seorang doktor saya terpaksa meletakkan stetoskop saya tetapi kami ter­desak ekoran kerajaan enggan mendengar masalah kami,” kata Dr. Fiona Martin, 36, di hadapan Hospital St. Thomas , London.

Setiausaha Kesihatan Britain, Jeremy Hunt sebelum ini berkata, kontrak baharu yang ditawarkan kerajaan kepada doktor pelatih sebagai ‘tawaran adil’ kerana memberi imbuhan lebih baik kepada mereka berbanding anggota paramedik, polis dan bomba yang bekerja di luar waktu kerja pada hujung minggu. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz470qLje7e
Hakcipta terpelihara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s