Buang rokok demi cinta


Buang rokok demi cinta

Sisi bahagia Raja Azmi melayari bahtera perkahwinan

 0  0 Google +0

MAHU menjaga kesihatan bersama-sama suami.

Baru dua bulan kembali melayari bahtera perkahwinan, terpancar sinar kebahagiaan di raut wajah produser, Raja Azmi. Ketika ditemui, tidak putus-putus dia mengukir senyuman yang kelihatannya datang dari jiwa yang cukup ikhlas.

Terlalu awal untuk mengungkap rasa bahagia itu, tetapi bagi penerbit filem kontroversi …Dalam Botol ini, perkahwinan kali kedua dengan Eddie Ghazali banyak mengajarnya erti berkasih sayang dan hormat menghormati.

Tiada apa lagi yang perlu digapai, selain kebahagiaan di samping suami dan keluarga tercinta serta kelangsungan kerjaya yang menyaksikan produser ini kembali berjinak dalam pentas lakonan.

Malah, Raja Azmi juga nekad untuk berhenti merokok sejak hampir dua bulan lalu. Ini kerana, katanya dia sudah mengikat janji dengan suami untuk sama-sama menjaga kesihatan di usia emas. So sweet!

Bersua bicara dengan wanita berusia 57 tahun ini, Hits sempat mengorek rahsia kebahagiaan merpati dua sejoli ini dan apa yang membakar semanagt untuknya berhenti merokok.

Hits: Setakat ini, bagaimana dengan perkahwinan kali kedua ini? Semakin bahagia nampaknya.

Raja Azmi: Alhamdulillah, kalau nak cerita orang kata baru dua bulan berkahwin cuma bezanya dengan bekas suami. Selepas setahun berpisah, kami berdua banyak mengenali diri sendiri.

Maksudnya?

Yalah, kami berpisah atas alasan tiada persefahaman. Banyak masalah yang mulanya dianggap besar menghantui bahtera perkahwinan kami. Namun, dalam tempoh setahun berpisah, kami sedar semua itu rupa-rupanya hanya perkara kecil. Kami terlalu mengikut perasaan masing-masing dan terlupa untuk menjaga hati suami dan isteri. Itu yang benar-benar membuatkan saya kesal dengan apa yang berlaku.

Yang paling dikesalkan dalam kegagalan pertama?

Kami terlalu ikut emosi dan tidak sedar dengan kesilapan serta keegoan masing-masing. Dua-dua keras kepala dan tak nak dengar cakap orang lain, sebab itu ada masalah komunikasi. Tetapi, sekarang kami berdua sudah sedar, tahu apa yang baik dan buruk. Seperti saya, perangai keras kepala perlu dibuang. Mana yang perlu dihindarkan, kita buang jauh-jauh. Ubah perangai masing-masing.

Perangai Eddie dahulu macam mana? Dia pun keras kepala ke?

Dulu Eddie terlalu kuat cemburu, bukan dengan kawan lelaki saja, rakan wanita pun dia nak cemburu. Kalau boleh, saya perlu ada di depan mata dia selalu. Tak boleh gerak ke mana-mana.

Tapi sekarang, mungkin dia sudah sedar tentang kesilapan itu. Perlahan-lahan dia mula mempercayai saya dan sekarang, tiada lagi masalah cemburu buta. Semuanya baik-baik sahaja.

Raja Azmi juga khabarnya ada mengambil langkah drastik dengan berhenti merokok?

Ya, sekarang sudah lima minggu saya berhenti merokok. Alhamdulillah, tuhan permudahkan langkah dan kuatkan semangat. Tidak mudah tau sebenarnya hendak berhenti merokok, tetapi saya nekad.

Eddie minta atau kerelaan sendiri?

Ini janji saya untuk sama-sama menjaga kesihatan dengan Eddie. Itu yang menguatkan semangat. Sebagai seorang yang berpegang pada janji, saya tekad untuk melakukan itu, biarpun ramai yang cakap susah tetapi saya berjaya.

Respon Eddie sendiri?

Mestilah Eddie gembira tapi dia belum berhenti cuma mengurangkan merokok daripada dua kotak sehari kepada sekotak sehari. Itu satu langkah yang bagus dan perlahan-lahan, saya percaya dia boleh berhenti. Cuma, kelakarnya, ada satu ketika dia cuba mengusik saya dengan memberi rokok untuk dinyalakan. Mungkin dia mengagak saya akan terus menghisap rokok itu, tetapi ternyata percubaannya sia-sia, terus kami tergelak berdua.

Apa cerita tentang aktiviti seni?

Saya sudah mula berjinak-jinak kembali dalam dunia lakonan. Sejujurnya, saya suka sangat berlakon, macam dalam dunia lain dan watak pun saya tak kisah, bagilah karakter apa pun saya terima sebab suka.

Berkaitan penerbitan, saya merancang untuk mendapatkan dana bagi menerbitkan sebuah filem biografi Allahyarham Datuk Sidek Abdullah Kamar atau lebih popular sebagai Haji Sidek. Banyak kisah menarik yang boleh dikongsi dan dijadikan teladan.

– See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/buang-rokok-demi-cinta-1.291199#sthash.oLIStb8B.dpuf

One thought on “Buang rokok demi cinta

  1. satu perkara yang ajaib ialah seseorang yang merokok akan bermati-matian mempertahan keharusan merokok dan keperluannya kemudian mendatangkan berbagai dalil daripada Al Quran dan usul fiqh bagi membenarkan perlakuan mereka tetapi lain pula bagi mereka yang berjuang untuk berhenti merokok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: