Teknologi pembekuan lemak


Teknologi pembekuan lemak

estetik

SAYA perlu menurunkan berat badan. Mulai sekarang, saya akan mengelak makan makanan berminyak. Saya akan bersenam setiap hari.” Setiap kali tahun baharu menjelma, pasti ramai yang berazam menurunkan berat badan. Hakikatnya, obesiti adalah masalah kesihatan yang kini menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada tiga penduduk mengalami masalah itu atau mempunyai berat badan berlebihan berikutan terlebih makan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, setakat ini, 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obe Akurlah syarat dalam tempoh lanjutan moratorium s.

Dalam konteks ini, golongan wanita dikatakan lebih berisiko tinggi mengalami masalah obesiti.

Selain tabiat makan, faktor-faktor lain seperti umur, aktiviti fizikal dan corak gaya hidup wanita turut mempengaruhi berat badan.

Persoalannya, adakah masalah berat badan berlebihan ini hanya dialami golongan wanita?

Penurunan berat badan yang berjaya perlu dirancang dan tidak cukup sekadar niat sahaja. Walaupun berdiet dan bersenam memainkan peranan yang penting dalam proses mengurangkan berat dan lemak, ada yang mendapati agak susah untuk menghilangkan bonjolan ketara pada bahagian-bahagian tertentu.

Namun, bonjolan lemak itu boleh dihilangkan melalui prosedur baru yang merupakan alternatif bukan pembedahan atau sedut lemak. Pembedahan plastik memang menawarkan keputusan serta-merta, namun prosedur ini berisiko tinggi dan mengambil downtime (masa henti) yang cukup lama.

Dengan kecanggihan teknologi dan kajian yang terbukti berkesan, Zeltiq CoolSculpting® adalah satu penyelesaian yang berkesan untuk mengurangkan lemak. Prosedur Zeltiq CoolSculpting® yang direka khas ini selamat, tidak invasif dan mempunyai keberkesanan tinggi dalam pengurangan lemak dalam badan.

Teknologi Zeltiq CoolSculpting® merupakan prosedur yang diluluskan FDA (pihak berkuasa Amerika Syarikat). Prosedur selamat dan selesa yang disediakan menjamin hasil yang para pelanggan benar-benar impikan. Hanya dalam satu rawatan, para pelanggan akan merasai transformasi tona badan yang diidam-idamkan.

Inovasi ini dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) telah dibangunkan oleh saintis dari Harvard University. Kaedah membeku sel-sel lemak pada suhu yang lebih tinggi daripada tisu sekitarnya membolehkan teknologi Zeltiq CoolSculpting® tepat dalam mensasarkan sel-sel lemak di bawah kulit untuk menyampaikan penyejukan dikawal. Tidak seperti dengan diet atau senaman dengan sel-sel lemak dikurangkan dalam saiz, Zeltiq CoolSculpting® menghablurkan sel-sel lemak supaya menjadi beku (kristal). Sel kristal yang digunakan dalam teknik ini akan secara perlahan-lahan memecahkan sel lemak tersebut dan mengeluarkannya dari tubuh badan. Dengan secara semula jadi badan memproses lemak dan menghapuskan sel-sel luput. Apabila sel-sel lemak yang dirawat telah luput, ia akan hilang untuk selama-lamanya.

Para pelanggan akan mulai melihat perubahan secepat tiga minggu selepas rawatan dan akan mengalami keputusan yang paling dramatik selepas dua bulan. Berita terbaik mengenai Zeltiq CoolSculpting® ialah badan para pelanggan masih akan mengusir sel-sel lemak dan terus berbuat demikian sehingga empat hingga enam bulan selepas rawatan.

Prosedur ini tidak mencederakan kulit, otot dan saraf tetapi penting untuk anda tahu bahawa terdapatnya CoolSculpting® tiruan dijual di pasaran. Pastikan anda menerima rawatan dari mesin Zeltiq CoolSculpting® yang tulen dan dijalankan oleh doctor profesional terlatih.

Ramai doktor mendapati bahawa kebanyakan para pelanggan yang telah melalui prosedur Zeltiq CoolSculpting®, selepas melihat hasil yang positif, mereka akan menjaga diri dengan lebih baik. Mereka mula mengamalkan tabiat pemakanan yang betul dan bersenam sebagai rejim mereka. Zeltiq CoolSculpting® telah memberi kesan rangsangan motivasi kepada pelanggan untuk memimpin pilihan gaya hidup lebih cergas dan matlamat mereka dalam mengekalkan berat badan yang ideal amat senang untuk dicapai.

– See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/teknologi-pembekuan-lemak-1.273550#sthash.Rdoy4jX5.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: