Sedih dituduh bukan Islam, 
Hakimsa mahu bersihkan nama


Sedih dituduh bukan Islam, 
Hakimsa mahu bersihkan nama

HakimsaHakimsa

SHAH ALAM 22 April – Pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim sedih dituduh bukan Islam apabila gambar pihak berkuasa agama menurunkan papan hiasan al-Quran di premisnya Selasa lalu, tersebar di media sosial.

Berikutan itu, beliau tampil dalam sidang akhbar hari ini untuk memaklumkan sebagai pemilik restoran itu, beliau memang lahir sebagai seorang Islam bagi membersihkan namanya.

Menurut Hakimsa, isu tersebut sepatutnya tidak timbul kerana tindakan menurunkan papan hia­san itu bukan bermakna pemilik restoran bukan seorang Islam, tetapi hanya disebabkan ayat suci itu tidak jelas dan terdapat kesa­lahan cetak.

Menurutnya, beliau akur dengan arahan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Agama Islam Se­langor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya papan hiasan itu diturunkan kerana pihak berkuasa terlibat hanya menjalankan tugas mereka.

“Saya lahir sebagai Islam. Saya hanya mahu bersihkan nama baik saya.

“Tidak timbul tuduhan restoran ini dimiliki oleh orang bukan Islam kerana saya pemiliknya adalah seorang Islam,” katanya dalam sidang akhbar berkenaan.

Yang turut hadir ialah Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Harisrajudin Alaudin.

Menurut Hakimsa, beliau menerima khidmat pesanan ringkas daripada rakan-rakan sejak pukul 4 petang Selasa lalu yang bertanyakan perkara itu kerana isu itu telah menjadi viral dan banyak tuduhan dilemparkan bahawa restoran itu dimiliki oleh bukan Islam.

Berikutan itu Hakimsa berkata, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 7 semalam agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan tuduhan itu.

Dalam masa sama beliau bersyukur kera­na pelanggan masih berkunjung ke restoran berkenaan seperti biasa.

Dalam pada itu Harisrajudin berkata, Kimma akan menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan membuat laporan kepada Ketua Polis Negara berhubung perkara itu.

“Tindakan ini akan dilakukan pada Isnin ini. Tuduhan ini amat berat kerana melibatkan agama seseorang,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sedih-dituduh-bukan-islam-8232-hakimsa-mahu-bersihkan-nama-1.283799#sthash.gJQXlW88.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: