Nasi lemak makanan sihat untuk semua


Nasi lemak makanan sihat untuk semua

BULAN Mac lalu majalah mingguan antarabangsa, Time menyenaraikan BULAN Mac lalu majalah mingguan antarabangsa, Time menyenaraikan makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang sihat. GAMBAR HIASAN

KEBIASAANNYA nasi lemak dihidangkan dengan ikan 
bilis, kacang tanah, telur rebus, kambing kari, timun, dan pes cili tradisional. Kebiasaannya juga nasi lemak dihidangkan untuk sarapan pagi. Selain Malaysia hidangan ini turut popular di beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand.

Baru-baru ini, menu nasi lemak telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang sihat oleh majalah Time. Persoalannya, mengapa nasi lemak dikatakan baik untuk kesihatan? Ini adalah kerana bahan yang digunakan dalam nasi lemak itu secara umumnya baik untuk tubuh badan. Nasi seperti yang kita ketahui mempunyai glycaemik index (GI) yang tinggi tetapi kadarnya boleh diturunkan apabila dicampurkan dengan santan.

Karbohidrat yang mempunyai GI yang rendah akan menyebabkan tiada peningkatan insulin dalam badan selepas memakannya. Santan pula adalah asid lemak yang dipanggil asid laurik iaitu lemak yang sama jenis dengan lemak dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak serta menguatkan tulang. Lemak dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana (MCFA).

Untuk makluman MCFA adalah asid lemak yang paling penting dalam membina dan mengekalkan sistem imun tubuh (sama seperti lemak dalam susu ibu). Selain itu santan membekalkan sumber nutrisi yang sangat baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan.

Sambalnya pula mengandungi cili api. Antara kebaikan cili api pula adalah agen penghalang kanser. Cili api juga mempunyai sifat antioksida yang tinggi serta mampu mengaktifkan denyutan jantung dan merangsang peredaran dan memperbaiki peredaran darah dalam badan. Selain itu, cili api merangsang pengeluaran gas daripada sistem pencernaan.

Bahan seterusnya yang terdapat bersama hidangan nasi lemak ialah kacang tanah. Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kacang tanah mempunyai kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Kacang tanah juga mengandungi amino asid yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik pencuci perut.

Ikan bilis adalah sumber kalsium, kalium , selenium dan vitamin A yang amat diperlukan oleh badan kita. Dalam pada itu, kebanyakan orang mengelak daripada memakan telur atas faktor kolestrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur boleh membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak dalam hati serta pembuluh darah.

Selain itu, choline mampu membentuk metabolite yang juga dipanggil betaine dan berfungsi mengurangkan homocystin iaitu salah faktor penyebab serangan sakit jantung.

Satu-satunya sayuran yang terdapat pada hidangan nasi lemak adalah timun. Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas, sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik.

Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk manusia. Potasium yang terdapat dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah. Timun juga mengandungi erepsin iaitu enzim yang membantu menghadamkan protein.

Walau apa gelaran yang diberi kepada hidangan nasi lemak, ramuan asas yang kita ketahui kebaikannya harus dikekalkan dan boleh disyorkan kepada setiap masyarakat setempat yang inginkan makanan diet yang seimbang dan sihat.

Kita harus berbangga kerana nasi lemak sekarang sudah terkenal di seluruh Asia Tenggara dan adalah makanan yang sihat untuk santapan sekeluarga. Jadikan makanan nasi lemak sebagai rutin sarapan harian yang sihat.

DR. NORZAIDI ZAKARIA

Biro Media Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim)

– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/nasi-lemak-makanan-sihat-untuk-semua-1.277848#sthash.t8AEuiw3.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: