Haramkan antibiotik 
dalam makanan ternakan


Haramkan antibiotik 
dalam makanan ternakan

SAUDARA PENGARANG,

PENTERNAK memasukkan antibiotik di dalam makanan haiwan bagi mempercepat pembesaran binatang dan mencegah jangkitan penyakit. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin memberikan maklum balas kepada kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam pada 17 Mac lalu.

Dalam kenyataan itu, beliau mengesahkan penggunaan antibiotik di ladang ternakan di negara ini. Bahan itu dimasukkan secara rutin di dalam makanan ternakan untuk mempercepat pembesaran haiwan berkenaan khususnya dalam kalangan penternak ayam, itik dan babi.

Antibiotik juga diberikan kepada haiwan terbabit bagi mencegah jangkitan penyakit dan meningkatkan kualiti daging ternakan.

CAP ingin menegaskan bahawa penggunaan antibiotik secara rutin akan membentuk kekebalan kuman dalam badan haiwan terhadap bahan itu yang kemudian berpindah kepada manusia yang memakan daging binatang berkenaan.

Ancaman kesihatan awam di seluruh dunia ini telah mendorong banyak negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamkan penggunaan antibiotik secara rutin dalam makanan ternakan.

Antibiotik tidak sepatutnya disalahgunakan untuk mencegah penyakit dan menggalakkan pembesaran haiwan sebaliknya hanya untuk merawat jangkitan kuman pada manusia sahaja.

Sehubungan itu, CAP mengulangi gesaan supaya kerajaan mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan berikutan ancaman kepada kesihatan awam adalah amat besar sekali.

S. M. MOHAMED IDRIS

Presiden CAP

– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/haramkan-antibiotik-8232-dalam-makanan-ternakan-1.283234#sthash.7YWCFIOE.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: