Elakkan minuman sejuk


Elakkan minuman sejuk

MINUMAN sejuk dan berais jika diambil terlalu kerap boleh membahayakan MINUMAN sejuk dan berais jika diambil terlalu kerap boleh membahayakan kesihatan. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

SAUDARA PENGARANG,

MINUMAN sejuk dan berais menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia ketika cuaca panas sekarang. Bagaimanapun, minuman sedemikian jika diambil terlalu kerap boleh membahayakan kesihatan.

Minuman tersebut akan membekukan lemak pada makanan berminyak yang baru kita makan. Malah, minuman berkenaan akan memperlahankan penghadaman kita.

Dalam tempoh panjang, lemak berkenaan akan berkumpul di dalam badan dan menjadikan seseorang itu obes.

Kebiasaannya, individu yang kerap mengambil minuman sejuk akan memiliki kulit kering dan tidak bermaya. Amalan minum minuman berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut buncit.

Dalam pada itu, gas nitrogen sering digunakan bagi menghasilkan ketulan ais kerana dapat mempercepatkan proses pembekuan. Jika gas itu termasuk dalam sistem saluran darah manusia, sudah pasti akan menimbulkan masalah kesihatan.

Selain itu, individu yang kerap mengambil minuman sejuk akan mudah berasa sakit pada tulang dan sendi.

Masalah tersebut mungkin tidak dirasai ketika di usia remaja kerana hanya akan mula menyerang setelah seseorang itu menginjak usia 40 tahun ke atas.

Nasihat saya adalah lebih baik membanyakkan minum air kosong dan air suam kerana minuman itu dapat meneutralkan kembali makanan yang telah diambil.

SITI HAWA ABD. KARIM

Ledang, Johor

– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/elakkan-minuman-sejuk-1.283240#sthash.ox2d2hIu.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: