China bina loji nuklear terapung


China bina loji nuklear terapung

Lakaran artis mengenai replika loji nuklear terapung China yang Lakaran artis mengenai replika loji nuklear terapung China yang akan ditempatkan di Laut China Selatan. AGENSI

BEIJING 22 April – China akan menempatkan loji tenaga nuklear terapung menjelang 2019 untuk menyokong projek-projek pulau buatan Beijing di Laut China Selatan.

Akhbar tabloid berpengaruh Beijing, Global Times melaporkan, loji nuklear itu akan ditempatkan di kawasan terpencil bagi menyediakan bekalan tenaga elektrik yang stabil.

Ketua Pengarah, China Shipbuilding Industry Corp., yang menguruskan rekabentuk dan pembangunan platform itu, Liu Zhengguo berkata, syarikat tersebut sedang mempercepatkan pembinaan projek loji nuklear terapung berkenaan.

“Pembangunan platform nuklear terapung merupakan satu trend yang sedang berkembang, jumlah sebenar loji yang akan dibangunkan bergantung kepada permintaan pasaran,” kata Zhengguo.

Menurut Zhengguo, permintaan terhadap loji maritim nuklear amat menggalakkan.

Global Times yang memetik laporan Jurnal Keselamatan China pada Januari lalu melaporkan, ujian loji itu dijangka diadakan pada 2018 dan beroperasi pada tahun berikutnya.

Pakar maritim China, Li Jie berkata, platform itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada rumah api, kelengkapan mencari dan menyelamat, kemudahan pertahanan, pelabuhan dan lapangan terbang di Laut China Selatan.

“Pada kebiasaannya, kita menggunakan minyak atau arang batu untuk menjana tenaga.

“Memandangkan jarak yang jauh antara tanah besar China dan Kepulauan Nansha (Spratly) serta perubahan cuaca dan laut, penghantaran minyak menjadi satu isu besar yang mendorong kepada pembangunan loji nuklear maritim ini,” kata Jie. – REUTERS

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/china-bina-loji-nuklear-terapung-1.283935#sthash.UUIH762Z.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: