Biji chia organik tambah tenaga


Biji chia organik tambah tenaga

Produk

IBADAT puasa bukan hanya menawarkan ganjaran rohani tetapi pelbagai manfaat kesihatan. Ini termasuklah pengawalan berat badan, peningkatan kadar metabolisma, pengurangan lipid darah serta tekanan darah dan memperbaiki tahap gula dalam darah.

Hanya tambah satu sudu besar biji chia ke dalam makanan atau minuman anda untuk menikmati khasiatnya.

Bagi menikmati kesan positif ini dengan sepenuhnya, anda perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan minum cukup air. Apabila merancang makanan untuk sahur dan berbuka, pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein tanpa lemak, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan berserat tinggi, produk tenusu rendah lemak dan lemak yang sihat.

Makanan seperti ini menggalakkan pembebasan tenaga secara perlahan serta memastikan badan anda mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan.

Sebagai persediaan untuk menyambut puasa, apa kata jika anda mencuba Spoon Health Organic Chia Seed. Biji chia merupakan tanaman purba tamadun Maya dan Aztec (chia adalah perkataan Maya bermaksud kekuatan) yang mengandungi Omega-3 untuk kesihatan jantung, protein, serat, anti oksida dan nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin B3.

“Biji chia mengandungi sembilan asid amino penting dan digelar sebagai salah satu protein lengkap. Kaya dengan kandungan serat yang tinggi (10 gram dalam dua sudu besar), biji chia mampu memberikan anda tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa, menjadikannya pilihan yang bijak untuk sahur. Hanya tambah satu sudu besar biji chia ke dalam makanan atau minuman anda untuk menikmati khasiatnya,” kata pengasas Spoon Health, Henry Cheah.

Terdapat dalam tiga saiz, iaitu 150 gm (RM21.09), 450 gm (RM52.89) dan 900 gm (RM95.29), Spoon Health Organic Chia Seed disahkan halal dan organik serta bebas GMO dan gluten.

Anda boleh mendapatkannya melalui dalam talian di spoonhealth.com, farmasi, kedai runcit dan kedai online terpilih. Untuk senarai penuh, rujuk ke laman sesawang Spoon Health.

– See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/biji-chia-organik-tambah-tenaga-1.283853#sthash.w1NQQJm1.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: