Atasi masalah rambut gugur


Atasi masalah rambut gugur

Masalah yang semakin ketara dalam kalangan masyarakat hari ini

 

HARI ini senario keguguran rambut bukan lagi satu berita yang mengejutkan kerana hampir semua orang mengalaminya. Cuma perhatian yang lebih perlu diberikan dalam usaha menanganinya.

Sekiranya masalah ini dipandang remeh dan tidak diambil berat, kepala yang dahulunya dipenuhi rambut bukan sahaja akan berkurangan hari demi hari tetapi boleh menjadikan kepala botak.

Antara faktor utama penyebab kepada masalah ini adalah disebabkan perubahan gaya hidup, pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, kegiatan sosial waktu malam yang lebih berat, dan sebagainya.

Begitupun, masalah yang dilihat sama banyak yang dialami antara lelaki dan wanita ini juga berpunca daripada kurangnya hormon di dalam badan.

Menurut Pakar Antipenuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik, Dr. Wan Julia Sham Ariffin, pengeluaran hormon dalam tubuh manusia mengalami penyusutan sebaik mencecah usia 25 tahun.

Ini katanya, akan menyebabkan pengurangan fungsi normal tubuh dan berlakunya penuaan selain berlaku ketidak seimbangan bahan kimia dalam tubuh.

“Untuk masalah keguguran rambut ini, selain mengubah gaya hidup dan juga pemakanan harian, orang ramai juga dinasihatkan agar mendapatkan berat badan yang ideal.

“Ini kerana sekiranya mengalami berat badan yang berlebihan ataupun berat badan yang berkurangan boleh menyebabkan berlaku masalah hormon.

“Hormon di dalam badan memerlukan pemakanan lengkap yang mengandungi galian, vitamin, dan antioksidan untuk membolehkan bahan kimia ini seimbang,” ujarnya ketika ditemui di klinik rambutnya, Hair Rich yang terletak di 2-9 Level 2, Wisma Lifecare, Jalan Kerinchi 5, Bangsar South, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut Dr. Wan Julia menjelaskan, masalah keguguran rambut ini juga diwarisi daripada keturunan.

Boleh ‘diturunkan’ oleh ibu atau bapa kepada anak masing-masing, bagaimanapun masalah ini boleh diatasi dengan penggunaan ubat-ubatan.

Katanya, hari ini dengan ledakan teknologi yang dilihat semakin canggih, masalah keguguran rambut ini boleh dirawat dalam masa yang singkat.

Boleh ‘mendapatkan’ semula rambut seperti asal, bagaimanapun Dr. Wan Julia memberitahu, keputusan yang berbeza akan diperoleh oleh mereka yang menjalani rawatan kemoterapi.

Dalam pada itu, Dr. Wan Julia juga memberitahu, setiap wanita atau seorang ibu harus berwaspada sepanjang enam bulan pertama selepas bersalin kerana dalam tempoh tersebut gangguan hormon akan meningkatkan lagi risiko keguguran rambut.

“Semasa mengandung, hormon estrogen dan progesteron dalam badan ibu akan meningkat dan kedua-dua hormon ini akan mengekalkan rambut mereka di fasa anagen (tumbuh).

“Selepas bersalin, tahap hormon jatuh mendadak dan keadaan ini akan menyebabkan kulit kepala mengeluarkan lebih banyak minyak yang akan menyumbatkan pori-pori seterusnya menyebabkan rambut gugur.

“Jadi ibu-ibu perlulah mencuci rambut setiap hari selain mengamalkan diet yang seimbang, mengambil makanan yang baik untuk rambut, serta mengurut kulit kepala lebih kerap untuk melembapkan kulit kepala,” sambungnya lanjut.

Berbicara lebih lanjut mengenai rawatan keguguran rambut yang ditawarkan di kliniknya, Dr. Wan Julia menjelaskan pihaknya menyediakan pelbagai perkhidmatan dan antaranya ialah pemeriksaan terperinci, urutan, rawatan laser, dan rawatan menggunakan hormon.

Memberi perkhidmatan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, Hair Rich merupakan klinik yang mamatuhi syariah di samping dikendalikan oleh mereka yang berkemahiran dan berpengalaman.

Dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula 10 pagi hingga 6 petang, Hair Rich pastinya dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan rambut.

– See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/atasi-masalah-rambut-gugur-1.277536#sthash.hs5i4iyU.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: