Phantom 4 lebih jitu


Phantom 4 lebih jitu

 1  0 Google +0

Pengeluar dron terkemuka DJI melancarkan dron terbaharu yang diberi nama Phantom 4. Dron itu merupakan model terbaharu bagi siri Phantom yang menjadi kegilaan peminat dron di seluruh dunia pada masa kini.

Menggunakan kepakaran dalam teknologi kepintaran buatan (artificial inteligence), DJI mereka bentuk Phantom 4 daripada model sebelum ini bagi membolehkan pengguna merasai kenikmatan pengendalian dan rakaman yang lebih jitu.

Mengekalkan rekaan unibody yang tidak boleh terpisah cuma pada bahagian kipas dan bateri, quad-copter ini mampu melakukan perkara yang sukar tanpa pengawasan kerana pelbagai fungsi automatik yang telah dibina dalam model kali ini.

Bagi Phantom 4, ia sangat mudah digunakan tanpa mengawal secara terus kerana fungsi automatiknya membantu pengguna mendapatkan rakaman yang lebih baik dari pelbagai sudut.

Kamera yang tersedia juga telah diperhalusi penggunaannya agar lebih stabil dan empat pengesan yang terdapat pada dron ini membantu melengkapkan kegunaannya sebagai perakam dari atas yang baik.

Alat pengesan yang dibekalkan mampu mengagak jarak sesuatu halangan di hadapan agar dron sentiasa terbang bebas tanpa sebarang gangguan di setiap sudut, tidak kira di hadapan atau belakang mahupun kiri dan kanan.

Lebih mengagumkan, ia turut berfungsi untuk mengelak halangan dan berhenti daripada melanggar sesuatu halangan di hadapannya dengan secara automatik jika pengguna gagal mengawal dron tersebut.

Penggunaan perisian yang dibekalkan membolehkan pengguna hanya menekan pada skrin paparan sama ada menggunakan tablet atau telefon untuk menggerakkan dron ke satu tempat yang dituju.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menetapkan sesuatu subjek untuk dirakamkan mengikut apa yang telah ditetapkan dengan hanya satu sentuhan pada skrin.

Sudut pada leher kamera (gimbal) mampu merakamkan sudut daripada -90 darjah hingga 30 darjah yang memberikan pelbagai pilihan sudut menarik dalam setiap rakaman yang dibuat.

Selain itu, ia boleh ditetapkan mengikut objek bergerak seperti seseorang yang sedang berlari, berbasikal, berkayak dan sebagainya setelah pengguna menetapkan pada skrin yang memaparkan rakaman dari kamera.

Phantom 4 turut memberikan pengawalan sehingga jarak lima kilometer dan boleh mencapai ketinggian sehingga enam kilometer bagi memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk penggunanya.

Kamera yang tersedia mampu untuk merakamkan video beresolusi besar dan mampu menampung rakaman video 4K yang menjadikan trend terkini yang memberikan gambar lebih jelas, tajam dan beresolusi tinggi.

Bukan sekadar rakaman, Phantom 4 juga boleh mengambil gambar dengan resolusi 12 megapiksel, selain mampu mengambil gambar secara burst shooting sama ada tiga, lima atau tujuh rakaman sekali gus.

Dalam pada itu, ia juga mampu mengambil gambar bagi tujuan time-lapse serta memproses gambar secara terus untuk gambar berkualiti tinggi atau HDR.

Phantom 4 boleh diterbangkan selama 28 minit dengan sekali pengecasan penuh pada bateri yang berkapasiti 5,350mAh, manakala pada alat kawalan pula dibekalkan dengan bateri sehingga 6,000mAh.

Tidak kira untuk apa tujuan sekalipun, ternyata Phantom 4 mampu membantu kita merealisasikan sudut kreatif penggunaannya dalam mendapatkan rakaman yang lebih baik tanpa kerja keras.

Harga yang diumumkan adalah RM5,805 (USD1,499) melalui laman web DJI. Ia turut menawarkan pelbagai pakej menarik untuk penjimatan kepada yang mahu mendapatkan pakej bateri mahupun kelengkapan lain.

– See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/phantom-4-lebih-jitu-1.261867#sthash.JWwSA4hI.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: