Penularan barah paru-paru


 0  0 Google +0

BARAH paru-paru adalah punca kematian nombor satu di Asia dalam kalangan lelaki dan punca kematian kedua dalam kalangan wanita. Lebih separuh atau 51.4 peratus kes barah paru-paru berlaku di Asia.

Orang ramai perlu lebih berhati-hati kerana barah paru-paru merupakan antara sepuluh punca kematian berkaitan barah utama di negara ini berbanding penyakit barah lain.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2014, kematian akibat barah paru-paru di negara ini mencecah 4,088 kes atau 3.22 peratus.

Merokok dikatakan sebagai punca utama penyakit tersebut. Bagaimanapun, bilangan penghidap barah paru-paru bukan perokok juga sedang meningkat.

Rawatan yang biasa digunakan untuk barah paru-paru di negara ini adalah terapi radiasi dan kemoterapi. Ubat-ubatan yang digunakan secara meluas dalam kemoterapi adalah Erlotinib, Gefitinib, Gilotrif dan Crizotinib.

Dalam konteks ini, syarikat farmaseutikal Boehringer Ingelheim dari Jerman telah mendapati hasil ujian LUX-Lung 7 atau ujian global perbandingan langsung bagi membandingkan terapi tisu dalam reseptor faktor pertumbuhan epidermis (EGFR) adalah berkesan dalam mencegah penyakit tersebut.

Mereka mendapati kadar kelangsungan hidup purata pesakit barah paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) yang menerima rawatan terapi khusus untuk barah dikatakan jauh lebih panjang berbanding mereka yang menghentikan rawatan untuk penyakit itu.

Didapati ujian LUX-Lung 7 menunjukkan bahawa rawatan Afatinib dapat mengurangkan risiko penularan barah paru-paru sehingga 27 peratus berbanding Gefitinib.

Lama kelamaan peningkatan kelangsungan hidup tanpa penularan penyakit atau PFS dilihat lebih ketara dengan lebih ramai pesakit hidup tanpa menghidap penyakit setelah 18 bulan berbanding 15 bulan. Ini menunjukkan manfaat jangka panjang hasil penggunaan Afatinib berbanding Gefitinib.

Lebih penting apabila ramai pesakit yang dirawat dengan Afatinib menunjukkan tindak balas tumor secara klinikal menyusut sebanyak 70 peratus berbanding 50 peratus dibandingkan rawatan Gefitinib dalam tempoh 10 bulan.

Pakar penyelidik utama LUX-Lung 7 dari Institut Perubatan Barah Inovatif (ICMI) di Pusat Perubatan Samsung, Pusat Pengajian Perubatan Universiti Sungkyunkwan, Seoul, Korea Selatan, Prof. Keunchil Park telah mengumumkan kelebihan Afatinib.

“LUX-Lung 7 merupakan ujian global pertama yang secara langsung membandingkan rawatan EGFR, dan keputusannya menunjukkan kelebihan perencat Afatinib dan Gefitinib yang biasanya digunakan dalam rawatan utama barah,” katanya.

Kajian LUX-Lung 7 mendapati Afatinib mempunyai kelebihan berbanding Gefitinib dalam mengurangkan risiko penularan penyakit dan kegagalan rawatan di kalangan pesakit barah paru-paru.

Afatinib telah diluluskan di lebih 60 buah negara untuk rawatan utama bagi kanser NSCLC dengan mutasi di bawah jenama Giotrif keluaran Boehringer Ingelheim.

– See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/penularan-barah-paru-paru-1.273538#sthash.Mn2p4Y3A.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: