Johor cadang larang guna polisterin, plastik


 14  0 Google +0

Johor cadang larang guna polisterin, plastikGAMBAR HIASAN

ISKANDAR PUTERI 18 April – Kerajaan Negeri Johor bercadang melaksanakan larangan penggunaan polisterin dan plastik di negeri ini bagi menangani kesan penggunaannya terhadap alam sekitar dan kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, cadangan dan pelan pelaksanaan larangan penggunaan polisterin dan plastik itu dijangka diumumkan dalam pembentangan Bajet Negeri Johor 2017, hujung tahun ini.

“Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) sedang menyediakan kertas kerja cadangan pengenalan dan penggunaan bahan pembungkusan berasaskan ‘biodegradable’ dan ‘biocompostable’ bagi menggantikan polisterin dan plastik,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Chua Wee Beng (DAP-Bentayan) sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan melarang penggunaan polisterin dan plastik, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini. – BERNAMA

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/johor-cadang-larang-guna-polisterin-plastik-1.274114#sthash.L5bDfrAT.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: