Imam Masjid Nabawi meninggal


Imam Masjid Nabawi meninggal

 18 April 2016 12:08 AM

 1  0 Google +0
Muhammad AyyubMuhammad Ayyub

MADINAH 17 April – Imam Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Muhammad Ayyub yang terkenal dalam kalangan umat Islam seluruh dunia meninggal dunia selepas subuh, semalam.

Menurut portal Arabnews.com, berita kematian tokoh agama berusia 65 tahun itu disebarkan menerusi sebuah laman Twitter.

Ribuan pengikut dikatakan menghadiri majlis pengebumiannya selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Baqih Al-Gharghad, Madinah.

Allahyarham yang merupakan pensyarah dalam bidang Tafsir Quran di Universiti Islam Madinah lahir di Mekah dan mula menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun.

Beliau mendapat pendidikan awal daripada beberapa orang guru termasuk Zaki Daghastani dan Sheikh Khaleel Abdulrahman Al-Qar.

Muhammad Ayyub kemudian mendalami bidang pengajian al-Quran dengan mempelajari makna setiap ayat serta sains al-Quran hasil bimbingan beberapa orang guru lain, termasuk daripada Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi, Sheikh Abdulaziz Muhammad Othman, Sheikh Akram Dhiya Al-Amri, Sheikh Muhammad Al-Amin Al-Shiqiti dan Sheikh Abdulmuhsin Al-Abbad.

Portal islamik Indonesia, Hidayatullah.com melaporkan Muhammad Ayyub dilantik menjadi imam Masjid Nabawi pada 1989 sebelum berhenti dan kembali menggalas tanggungjawab itu pada tahun lalu.

Sehingga berita ini disiarkan, belum ada butiran lanjut mengenai punca kematian beliau.

Menurut laman web Al-Arabiya, Allahyarham meninggalkan dua isteri dan 13 orang anak termasuk lima anak lelaki.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/imam-masjid-nabawi-meninggal-1.273742#sthash.ZZHGYSfE.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: