Ramasamy kesal panggil Dr. Zakir syaitan


Ramasamy kesal panggil Dr. Zakir syaitan

 262  0 Google +0

KUALA LUMPUR 12 April – Selepas dikritik pelbagai pihak, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof. P. Ramasamy melahirkan kekesalan kerana melabelkan pendakwah Islam antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai syaitan.

P. Ramasamy

Pengkritik paling lantang Zakir itu sebelum ini menulis di laman Facebooknya dengan tajuk Let Us Get ‘Satan’ Zakir Naik Out Of This Country menyebabkan beberapa pihak membuat laporan polis ke atas bekas pensyarah tersebut.

Menurut Ramasamy, berikutan kenyataan tersebut, beliau kini dilabelkan sebagai anti-Islam dan anti-Muslim.

“Pada 10 April 2016, saya telah memuat naik status di Facebook saya mengenai pendakwah Islam Dr. Zakir Naik. Dalam posting, saya memanggilnya sebagai syaitan dan menegaskan bahawa beliau memberi ucapan kebencian pada agama selain Islam.

“Pada hari yang sama saya sedar perkataan syaitan telah menjadi viral. Saya menyesal jika penggunaan perkataan syaitan boleh menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Islam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rama­samy mendakwa, kenyataan yang dibuatnya bukan anti-Islam, sebaliknya beliau mahu setiap orang perlu menghormati negara ini kerana Malaysia mempunyai berbilang agama dan bangsa.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ramasamy-kesal-panggil-dr-zakir-syaitan-1.253919#sthash.q8n2aq16.dpuf

One thought on “Ramasamy kesal panggil Dr. Zakir syaitan

  1. Di India ada berbilang agama dan bangsa juga tetapi mereka tetap menerima baik percambahan ilmu dan keterbukaan intelektual. Kata-kata Ramasamy ini tidak boleh diterima sama sekali kerana kalau Ramasamy mahu dihormati oleh orang luar Malaysia maka dia mesti terlebih dahulu menghormati orang lain. Tetapi kelihatannya Ramasamy ini sendiri tidak menghormati pendakwah Islam terkenal ini jadi macam mana orang lain hendak menghormati kita rakyat Malaysia. Cara DZN ini adalah perbandingan agama, jadi kalau agama lain rasa hebat silakanlah berdebat dengan DZN. Kalau agama lain kalah berdebat dengan DZN maka kenapakah masih ada lagi yang menganggap agama Islam agama teroris dan sebagainya. Cuba fikir-fikirkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: